BELANJAWAN KELUARGA

Sumber kewangan yang didapati oleh sesebuah keluarga perlu dirancang dengan teliti dan berhati-hati bagi memenuhi keperluan dan kehendak keluarga.Perbelanjaan yang diperuntukkan mestilah dirancang supaya bersesuaian dengan pendapatan yang diterima.Keluarga perlu memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk perbelanjaan dalam jangka masa tertentu.Ini dikenali sebagai merancang perbelanjaan atau belanjawan.

LANGKAH MENYEDIAKAN BELANJAWAN

Langkah 1 : Menentukan matlamat

  • Langkah pertama dalam menyediakan belanjawan ialah menentukan matlamat yang ingin dicapai oleh keluarga supaya segala sumber yang ada dapat ditujukan ke arah pencapaian matlamat.
  • Keutamaan hendaklah diberikan kepada matlamat yang penting.Matlamat keluarga bergantung kepada nilai yang dipegang oleh sesebuah keluarga.Ini merujuk kepada apa yang dianggap penting oleh keluarga seperti pendidikan,rekreasi,dan pengangkutan.

Langkah 2 : Menentukan kategori keperluan

  • Langkah kedua dalam menyediakan belanjawan ialah menentukan kategori keperluan keluarga.
  • Kategori keperluan ini ditentukan berdasarkan senarai keperluan yang perlu disediakan.Setiap keluarga mempunyai senarai kategori keperluan yang berbeza mengikut keutamaan matlamat masing-masing.
  • Dalam menyediakan kategori keperluan,masukkan nilai wang bagi setiap kategori supaya pegubahsuaian dalam menentukan perbelanjaan dapat ditetapkan.

Langkah 3 : Mengganggarkan pendapatan

  • Setiap keluarga mempunyai sumber pendapatan yang bgerbeza.Senarai anggaran pendapatan yang diterima daripada sumber yang telah dikenalpasti perlu disediakan supaya jumlah keseluruhan pendapatan boleh ditentukan.

Langkah 4 : Mengganggarkan kos

  • Setelah anggaran pendapatan ditentukan,kos bagi setiap kategori keperluan perlu ditetapkan.Oleh kerana kebanyakan keluarga memperoleh pendapatan secara bulanan,anggaran kos yang disediakan boleh mengikut kos bulanan.
  • Bagi menentukan perbelanjaan harian keseluruhan mengikut bulan,jumlah semua perbelanjaan harian.

Langkah 5 : Mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan

  • Langkah seterusnya ialah mengimbangkan pendapatan yang diterima dengan perbelanjaan yang dibuat.
  • Belanjawan yang berkesan akan dicapai apabila pendapatan dan perbelanjaan adalah seimbang.Semasa menyediakan belanjawan,beri keutamaan kepada keperluan keluarga,simpanan,dan pelaburan untuk masa hadapan dahulu sebelum memenuhi kehendak keluarga.

Langkah 6 : Penilaian belanjawan

  • Penilaian ke atas belanjawan yang telah disediakan merupakan langkah terakhir dalam menyediakan belanjawan.
  • Setiap belanjawan yang disediakan perlu dinilai bagi memastikan tiada kesilapan atau terdapat kategori yang tertinggal atau kurang diberi perhatian.
  • Penilaian juga dilakukan bagi memastikan semua faktor yang mempengaruhi belanjawantelah dikenal pasti dan diambil kira.

PERINGKAT KITARAN HIDUP DAN CIRI YANG MEMPENGARUHI BELANJAWAN

 PERINGKAT KITARAN HIDUP                                 BELANJAWAN KELUARGA
 Peringkat permulaan:

  • Pasangan yang baru berkahwin sehingga mendapat anak yang pertama.
  • Pendapatan keluarga masih kecil.
  • Keluarga mula menentukan dan menyusun matlamat dan membuat keputusan pengurusan belanjawan untuk jangka pendek dan jangka panjang.
  • Matlamat jangka pendek :

- membeli perabot dan peralatan rumah

-merancang bercuti

  • Matlamat jangka panjang :

-menyimpan wang untuk pendidikan anak

-membeli rumah

 Peringkat perkembangan :

  • Bilangan ahli keluarga bertambah.
  • Anak-anak membesar.
  •  Perbelanjaan lebih diperlukan untuk :

- makanan

- pakaian

- pendidikan anak

- perumahan / sewa rumah

- belanja kesihatan anak

  • Pendapatan lebih stabil bagi yang berpendapatan tetap kerana telah lama bekerja.
  • Keluarga yang berpendapatan rendah berkemungkinan mengalami masalah kewangan.
 Peringkat pengecilan :

  • Anak-anak mula keluar rumah untuk bekerja atau berkahwin.
  • Tinggal pasangan yang sudah tua dan mungkin ada yang sudah  meninggal dunia.
  •  Pendapatan keluarga berkurangan.Sumberpendapatan keluarga :

- pencen

- wang simpanan semasa bekerja

- simpana melalui caruman insurans,pelaburan,dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ).

- ganjaran

- pemberian anak-anak

  • Perbelanjaan lebih banyak diperlukan untuk membiayai rawatan kesihatan kerana kesihatan sering terganggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s