PENCERNAAN DAN PENYERAPAN

Makanan yang kita makan tidak boleh digunakan oleh sel tubuh sehingga molekul makanan ini dipecahkan menjadi molekul yang lebih ringkas dalam proses pencernaan.Molekul ini seterusnya akan diserap di dalam usus kecil melalui proses penyerapan.

PENCERNAAN

Pencernaan ialah proses memecahkan molekul makanan kompleks ke unit yang paling ringkas oleh tindakan mekanikal dan kimia supaya dapat diserap oleh tubuh.

SISTEM PENCERNAAN

Pencernaan bermula sebaik sahaja kita menggigit makanan ke dalam mulut sebelum menelannya.Sistem pencernaan dalam tubuh manusia berlaku dengan dibantu oleh organ pencernaan enzim dan rembesan.

Proses pencernaan

Proses pencernaan berlaku dalam satu lingkaran yang bermula di mulut dan berakhir di usus besar.Dalam proses pencernaan,makanan dipecahkan melalui dua cara,iaitu secara mekanikal dan secara kimia.

PEMECAHAN MAKANAN MEKANIKAL :

  • Makanan yang dihancurkan oleh gigi semasa proses mengunyah menjadi bentuk yang kecil.
  • Otot salur pencernaan mengembang dan menguncup dengan beritma untuk menghancurkan makanan.
KIMIA :

  • Pemecahan molekul makanan yang kompleks oleh enzim pencernaan menjadi molekul yang ringkas yang diserap ke dalam sistem peredaran darah.

( Pemecahan makanan dalam proses pencernaan )

Bahagian yang terlibat dalam proses pencernaan :

     BAHAGIAN                               FUNGSI
Mulut
  • Makanan di dalam mulut dikunyah secara mekanikal kepada bentuk yang lebih kecil.Makanan ini akan bercampur gaul dengan air liur dan membentuk gumpalan yang dinamakan bolus.
  • Bolus :

v  Gumpalan makanan yang terbentuk hasil daripada campuran       makanan dan air liur.

v  3 pasang kelenjar air liur ;

Ø   Kalenjar paratoid

Ø   Kalenjar submaksilari

Ø   Kalenjar sublingual

  • Air liur merupakan cecair alkali yang mengandungi mukus  dan bertindak sebagai pelincir untuk memudahkan makanan ditelan.
Esofagus
  • Lidah akan menolak bolus ke dalam esofagus melalui tindakan menelan.
  • Esofagus terletak di belakang trakea dan berada selari dengannya sepanjang  25cm.
  • Epiglotis akan mengawal makanan daripada masuk ke trakea dan mengelak daripada tercekik.
  • Otot  esofagus akan mengambang dan menguncup untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan.
Perut
  • Perut ialah organ berongga seperti pundi yang terletak di sebelah kiri di bawah diafragma.
  • Pencerut kardiak mengawal jumlah makanan yang masuk dan menghalang makanan daripada masuk balik ke esofagus.
  • Pencerut pilorus mengawal makanan dari perut masuk ke dalam duodenum.
Usus kecil
  • Usus kecil terbahagi kepada 3 bahagian :

Ø  Duodenum ( 25 cm yang pertama usus kecil )

Ø  Jejunum ( bahagian utama usus kecil )

Ø  Ileum ( bahagian akhir usus kecil )

  • Pencernaan di usus kecil dibantu oleh dua jenis rembesan,iaitu :

Ø  Rembesan dari luar usus kecil

Ø  Rembesan di dalam usus kecil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s