SANITASI MAKANAN

Kualiti makanan boleh dipengaruhi oleh kesihatan fizikal,sosial,dan moral masyarakat.Ini menyebabkan kerajaan menyediakan cadangan,langkah,peraturan,dan akta bagi menjamin keselamatan makanan di pasaran.

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pemprosesan, penyediaan,dan penyediaan bahan makanan serta pengangkutan makanan perlu bertanggungjawab ke atas sanitasi makanan.

PRINSIP KEBERSIHAN MAKANAN

Sanitasi makanan merujuk kepada pengawalan kebersihan dan keselamatan dengan mengamalkan prinsip kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan supaya pencemaran makanan tidak berlaku.Prinsip kebersihan makanan meliputi kebersihan diri,menyedia,memasak,dan menyaji makanan serta menyimpan bahan masakan dan makanan yang telah dimasak.

PENCEMARAM MAKANAN

  • Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh tindakan organisma perosak makanan ,tindak balas enzim di dalam makanan,atau keadaan di dalam persekitaran.Makanan yang tercemar dan penyedia makanan adalah sumber utama transmisi mikroorganisma kepada manusia.Makanan yang tidak selamat dimakan mengandungi bahan patogen yang menyebabkan penyakit kepada manusia.
  • Sebahagian bakteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam makanan dan jika tidak dikendali dengan sempurna.Toksin ialah racun yang dihasilkan oleh mikroorganisma.Mikroorganisma yang mengeluarkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar termasuk Staphylococcus aureus,Clostridium botulinum,Clostridium perfringens dan kulat.

                                                                                                                   ( BAKTERIA )

                                                                                                                      ( KULAT )

                                                                                     (C ontoh bahan kimia yang digunakan)

                                                                     (Makanan yang disebabkan oleh perubahan fizikal)

                                                                                                                (Tindak balas enzim)

PUNCA PENCEMARAN MAKANAN

Mikroorganisma Bakteria :

  • organisma satu sel dalam pelbagai saiz dan struktur.
  • diklasifikasikan mengikut bentuk-bulat,rod,berpilin.
  • cara pembiakan melalui Binari fusion.
  • didapati dalam air,tanah,udara.dan badan manusia dan haiwan.
  • keperluan pembiakan ialah nutrien,kelembapan,suhu, pH,udara,dan masa untuk membiak.

Kulat :

  • organisma multisel yang pelbagai warna dan tidak mempunyai klorofil.
  • memerlukan makanan,oksigen,air,suhu,dan medium berasid.
  • menyerang tumbuhan,haiwan dan manusia dengan membebaskan toksin.
 Haiwan dan serangga perosak
  •  Tikus,cicak,lipas,cicak dan semut adalah antara haiwan dan serangga yang mencemarkan makanan.Haiwan dan serangga perosak mencemari makanan melalui najis dan air liur.
 Bahan kimia Bahan aditif :

  • bahan kimia yang ditambah dalam makanan bagi memperbaiki rasa,tekstur,dan rupa makanan.Contohnya,bahan pewarn adan pengawet.

Logam :

  • logam dari bekas boleh terhakis oleh makanan berasid dan mencemarkan makanan di dalamnya.

Bahan kimia :

  • menjadi berbahya apabila digunakan secara sengaja atau tidak sengaja.
  • racun serangga dan rumpai meninggalkan baki pada sayur-sayuran dan buah-buahan.
 Tindak balas enzim
  • tindak balas enzim menyebabkan makanan cepat masak.
  • buah-buahan akan menjadi kuning atau perang oleh tindak balas enzim di dalamnya.
  • contohnya; buah betik menjadi perang,ranum,dan cepat rosak oleh tindak balas enzim di dalamnya.
 Perubahan fizikal
  •  makanan berubah rasa,warna,bau,rupa dan tekstur.
  • berlaku apabila makanan berkaleng atau berpek telah tamat tempoh atau berlaku kerosakan pada tin atau pembungkus.
 Benda asing
  •  kehadiran benda asing seperti rambut,kaca,pasir,batu pindan sebagainya akan mencemarkan makanan.
  • benda asing boleh memasuki makanan memproses ,menyedia,memasak,menyaji dan menyimpan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s