Terdapat tiga peringkat dalam menghasilkan pakaian,iaitu perancangan,perlaksanaan,dan penilaian.Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja.Perlaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.
PENYEDIAAN REKOD PAKAIAN
- Membuat pakaian perlu perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat mengelakkan pembaziran.Perancangan ini dikumpulkan dalam satu dokumen yang dinamakan rekod kerja.
- Rekod kerja mengandungi :
- Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang
- Fabrik yang digunakan
- Ukuran badan
- Proses menjahit
- Melakar pola
- Susun atur pola
- Langkah menjahit
- Pengiraan kos
( Antara contoh lakaran dalam proses membuat pakaian )
MENGGUNTING FABRIK
- Setelah pola disematkan pada fabrik,menggunting boleh dilakukan.
- Peraturan menggunting fabrik ialah :
- gunting fabrik mengikut garisan gunting
- gunting kepingan yang besar dahulu,diikuti kepingan yang kecil
- semasa menggunting,gunakan sebelah tangan untuk menekan dan menetapkan kepingan fabrik yang digunting.
- elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik.
LANGKAH MENJAHIT DAN MENEKAN
Selepas menggunting,jahit kemas tepi di semua tepi kepingan fabrik kecuali garis leher dan garis pinggang.
Langkah menjahit kebaya :
Langkah 1 : Jahit lisu cekung badan hadapan dan badan belakang
Langkah 2 : Cantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung
Langkah 3 : Sediaknan lapik belakang dan lapik hadapan
Langkah 4 : Sediakan lidah belah
Langkah 5 : Jahit lapik ke garis leher dan siapkan belah berlapik
Langkah 6 : Jahit kelim rusuk
Langkah 7 :Sediakan lengan
Langkah 8:Cantum lengan ke lubang lengan dan kemaskan kelepet di bawah kebaya
Langkah 9 : Kemaskan hujung pakaian dengan kelepet melengkung
Langkah 10 : Menjahit butang katup di belah berlapik
Langkah 11 : Tekan seluruh bahagian pakaian
Langkah menjahit skirt
Langkah 1 : Jahit lisu pemadan di garis pinggang skirt
Langkah 2 : Cantum bahagian kiri dan bahagian kanan skirt hadapan
Langkah 3 : Jahit kelim sisi
Langkah 4 : Jahit zip belah berzip
Langkah 5 : Sediakan dan jahit ikatan pinggang
Langkah 6 : Jahit kelepet dihujung skirt
Langkah 7 : Menjahit cangkuk dan palang
PENILAIAN KERJA
| KRITERIA | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | WAJARAN | JUMLAH | CATATAN | ||
|
1 | |||||||||
|
1 | |||||||||
|
1 | |||||||||
|
1 | |||||||||
|
|
1 | ||||||||
|
1 | |||||||||
| JUMLAH | ||||||||||

