MAKANAN DAN PEMAKANAN

Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu.Nutrien yang diperlukan terdiri daripada kumpulan makanan berikut :

  • Makanan pembina tubuh iaitu protein.
  • Makanan pembekal tenaga dan haba iaitu karbohidrat,lemak dan protein.
  • makanan pencegah penyakit iaitu vitamin dan garam mineral.

                                                                                                               ( protein )

                                                                                                          ( karbohidrat )

                                                                                        ( vitamin dan garam mineral )

FAKTOR KLASIFIKASI KEPERLUAN NUTRIEN
Jantina Lelaki

Perempuan

  • Perlukan lebih nutrien pembekal tenaga kerana mereka lebih aktif dan mempunyai banyak otot.
  • Perlukan lebih ferum kerana haid dan melahirkan anak.
Umur Bayi

Kanak-kanak

Remaja

Dewasa dan warga tua

  • Protein,karbohidrat,kalsium,dan ferum diperlukan untuk pertumbuhan.
  • Perlukan lebih karbohidrat dan protein kerana sangat aktif dan membesar dengan pesat.
  • Perlukan lebih protein,kalsium dan ferum bagi mkengimbangi perubahan fizikal dan peningkatan aktiviti.
  • Kalsium dan kalsiferol bagi tulang yang sihat dan mengelakkan osteoporosis.
  • Asid askorbik dan retinol bagi mencegah infeksi.
  • Tiamina untuk membantu fungsi saraf.
Saiz tubuh Endamorf

Ektamorf

  • Perlukan lebih :

– tenaga bagi menggerakkan badan dan mengekalkan fungsi tubuh.

– protein bagi tumbesaran dan memperbaiki tisu badan.

  • Perlukan kurang tenaga dan protein kerana saiz tubuh yang kecil.
Aktiviti LasakRingan
  • Semakin banyak aktiviti fizikal yang dilakukan,semakin banyak tenaga yang diperlukan.
Kumpulan tertentu Ibu mengandung

Ibu yang menyusukan anak

Pesakit dan si pulih

Vegetarian

  • Protein diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan fetus.
  • Asid folik diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat.
  • Kalsium dan fosforus perlu bagi pembentukan tulang.
  • Ferum diperlukan bagi menjamin bekalan darah mencukupi sewaktu melahirkan anak.
  • Protein,kalsium dan tenaga diperlukan untuk penghasilan susu.
  • Perlukan protein dan karbohidrat untuk membina dan membaiki tisu serta mendapatkan kesihatan sedia kala.
  • Bekalan protein diperoleh daripada kekacang dan hasilnya.
  • Retinol dibekalkan oleh karoten sayur-sayuran.
  • Marjerin yang diperkaya dengan kalsiferol.
  • Sayur-sayuran hijau dan kekacang membekalkan kalsium,fosforus dan ferum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s