WARDROBE

Wardrobe ialah semua jenis pakaian yang ada di dalam kokeksi individu dan aksesori yang dipadankan bersama.Perancangan wardrobe meliputi merancang koleksi pakaian dan dan menyenggara wardrobemelibatkan pencucian dan penyimpanan.Semua perancangan ini perlu dilakukan dengan teliti kerana boleh :

  1. mencerminkan peribadi yang baik
  2. menjimatkan perbelanjaan
  3. mengenalpasti pakaian dan aksesori yang diperlukan

PRINSIP MERANCANG WARDROBE

  • Bersesuain dengan status sosio-ekonomi

Wardrobe perlu bersesuaian dengan status sosio-ekonomi.Koleksi wardrobe perlu mengikut kemampuan anda.Tidak semestinya yang mahal itu cantik.Cara untuk menjimatkan perbelanjaan wardrobe ialah :

  • tidak membeli banyak item bagi setiap klasifikasi.
  • merekodkan inventori wardrobe supaya anda membeli hanya item yang diperlukan sahaja.
  • mengamalkan mix and match pakaian.
  • Memenuhi peranan individu
 Gender Lelaki mempunyai wardrobe yang berlainan daripada perempuan.
 Pekerjaan  Individu yang memakai pakaian seragam,tidak memerlukan banyak pakaian dalam wardrobenya,manakala seorang ahli korporat atau eksekutif memerlukan banyak lounge suit.
 Umur Remaja mempunyai wardrobe yang tidak sama dengan kanak-kanak atau orang dewasa.
 Kedudukan dalam masyarakat Seseorang yang mempunyai peranan atau tanggungjawab dalam masyarakat seperti seorang imam masjid dapat dikenalpasti peranannya.
  • Memenuhi keperluan aktiviti harian

Aktiviti harian menentukan jenis pakaian yang perlu ada di dalam wardrobe.Pakaian riadah,kasual dan formal bergantung kepada kecenderungan individu menjalankan aktiviti berkenaan.Contohnya individu yang suka bersukan mempunyai lebih banyak pakaian sukan,manakala individu yang selalu menghadiri majlis formal,mempunyai banyak pakaian formal.Wardrobe anda harus mempunyai pakaian mengikut aktiviti yang sering anda lakukan.

  • Bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran

Pakaian yang dipakai semasa cuaca panas tidak sama dengan pakaian semasa cuaca sejuk.

  • Pakaian semasa cuaca panas terdiri daripada pakaian yang ringkas dan diperbuat daripada fabrik yang menyerap peluh seperti kapas dan sutera.
  • Pakaian semasa cuaca sejuk terdiri daripada baju tebal yang diperbuat daripada fabrik benang sayat yang dapat memerangkap haba.
  • Mengikut keperluan agama,bangsa dan budaya

Agama,bangsa dan budaya banyak mempengaruhi pemilihan pakaian individu.Sebagai contoh,wanita beragama islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat,manakala sami Buddha pula memakai kain kuning yang dililit di badan.Pakaian tradisional melambangkan bangsa dan budaya sesuatu kaum seperti cheongsam melambangkan tradisi kaum cina,manakala sari melambangkan pakaian tradisi kaum india.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s