KELUARGA DAN KOMUNITI

Komuniti adalah satu kelompok manusia yang tinggal bersama dalam satu kawasan.Ahli dalam komuniti mestilah hidup bersama dengan harmoni,aman dan mempunyai perasaan kekitaan.Keluarga yang menjadi sebahagian daripada komuniti  bertanggungjawab memainkan peranan menyumbang kepada keharmonian,keamanan dan kesejahteraan komuniti.

Setiap komuniti membekalkan berbagai-bagai kemudahan dan perkhidmatan untuk keperluan ahlinya.Melalui kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ,ahli komuniti saling berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain.

                                                    ( Komuniti Malaysia yang berbilang kaum )

                                                            (Semangat bergotong -royong )

SUMBANGAN KOMUNITI DAN KELUARGA

Dalam sesebuah komuniti,banyak kemudahan dan perkhidmatan telah disediakan untuk tujuan kebajikan ahli komuniti.Namun demikian,msih terdapat komuniti yang tidak mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan atas sebab tertentu.Bagi komuniti yang telah mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi,ahli komuniti perlu bersyukur dan menghargainya.

JENIS KEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATAN DAN KEPENTINGANNYA

Bekalan air :

  • Memenuhi keperluan fifiologi,menjalankan aktiviti harian seperti memasak dan minum,mencuci,membersihkan diri dan beribadat.

Bekalan tenaga :

  • Mendapatkan tenaga elektrik dan pencahayaan untuk keperluan harian.

Jalan raya :

  • Memberi kemudahan kepada komuniti untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kesihatan :

  • Meningkatkan taraf kesihatan ahli komuniti untuk mencapai kesihatan yang optimum melaui :
  1. hospital
  2. klinik
  3. pusat kesihatan
  4. klinik bergerak
  • Institusi dan agensi kesihatan menjalan dan memberikan :
  1. rawatan
  2. imunisasi
  3. penyelidikan dalam bidang perubatan
  4. khidmat nasihat dan pencegahan

Pendidikan :

  • Menyediakan program pendidikan dan latihan untuk semua ahli dalam komuniti seperti :
  1. prasekolah
  2. sekolah rendah
  3. sekolah menengah
  4. kolej
  5. universiti
  6. institut
  • Menyediakan perpustakaan dan perpustakaan bergerak untuk menggalakkan komuniti menjadi warga yang celik ilmu.
  • Mengadakan pusat latihan kemahiran kepada remaja,belia dan ibu bapa.

Keselamatan dan perlindungan :

  • Memberi perkhidmatan perlindungan dan mengekalkan keamanan serta keselamatan ahli komuniti seperti :
  1. polis
  2. angkatan tentera
  3. Rukun Tetangga
  4. bomba
  • Memberi perlindungan dan bantuan apabila berlaku kecemasan,kemalangan,kebakaran,rusuhan,dan bencana alam.

Komunikasi :

  • Membolehkan ahli komuniti berhubung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan menjalinkan hubungan yang mesra.
  • Jenis perkhidmatan yang disediakan seperti :
  1. telefon
  2. perkhidmatan pos
  3. media massa
  4. internet
  5. faksimili
  6. telegraf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s