TEMPAT KEDIAMAN DAN TEKNOLOGI

Tempat kediaman mempunyai pelbagai ruang dimana ahli keluarga menjalankan aktiviti harian.Setiap ruang tempat kediaman mempunyai fungsinya berdasarkan aktiviti yang dijalankan didalamnya.Ruang tempat kediaman perlu dirancang dan diurus supaya dapat memberi keselesaan dan ketenteraman kepada penghuni.

PRINSIP MENYUSUN ATUR PERABOT DAN KELENGKAPAN TEMPAT KEDIAMAN

RUANG TAMU :

  • Saiz perabot dan kelengkapan sesuai dengan saiz ruang tamu.
  • Bilangan perabot dan kelengkapan sesuai dengan dengan saiz ruang.
  • Set perabot dan sofa disusun dalam rangkaian yang tertumpu ke bahagian tengah bagi memudahkan aktiviti interaksi antara keluarga dan tetamu.
  • Susun atur kelengkapan dan hiasan tidak mengganggu pergerakan.
  • Warna perabot harmoni dengan warna ruang.
  • Perabot tidak diletakkan di tepi tingkap supaya tidak pudar.

RUANG MAKAN :

  • Terletak berdekatan dengan ruang dapur untuk memudahkan penyajian makanan.
  • Set meja makan terletak di tengah ruang untuk memudahkan penyajian makanan.
  • Susun atur kelengkapan dan hiasan tidak mengganggu pergerakan.
  • Elakkan daripada meletak hiasan yang mengumpul habuk di atas meja makan.
  • Elakkan daripada meletak hiasan atau gubahan bunga yang tingi di atas meja makan.

RUANG ISTIRAHAT :

  • Perabot dan kelengkapan disusun rapat ke dinding bagi mewujudkan ruang di tengah untuk interksi antara ahli keluarga.
  • Susun atur perabot dan kelengkapan tidakl menggangu pergerakan.
  • Saiz perabot dan kelengkapan bersesuaian dengan saiz ruang.
  • Televisyen tidak diletakkan bertentangan dengan sumber cahaya untuk mengelakkan silau.
  • Terdapat keharmonian warna antara perabot,kelengkapan dan ruang.

RUANG DAPUR :

  • Meja kerja diletakkan berhampiran peti sejuk dan almari makanan.
  • Elakkan meletak peti sejuk dan almari makanan bersebelahan dengan dapur.
  • Kedudukan peti sejuk dan almari makanan perlu berdekatan dengan meja kerja supaya memudahkan penyediaan dan penyimapanan bahan makanan.
  • Simpan bahan makanan dan alatan yang selalu digunakan ditingkat bawah sedikit supaya mudah dicapai apabila diperlukan.
  • Kedudukan sinki sesuai di tepi tingkap untuk mendapatkan pencahayaan dan pengudaraan.
  • Letakkan dapur berhampiran dengan sinki dan peti sejuk dengan meja kerja.
  • Perabot dan kelengkapan yang sesuai :
  1. dapur dan ketuhar
  2. kabinet dinding dan almari
  3. singki
  4. peti sejuk dan alat penjimat masa
  5. peralatan menyedia,memasak dan menyaji
  6. tong atau bakul sampah

RUANG MENDOBI :

  • Mesin basuh diletakkan dengan punca air.
  • Susun atur perabot dan kelengkapan tidak mengganggu pergerakan.
  • Perabot dan kelengkapan yang sesuai :
  1. mesin basuh dan pengering
  2. alatan membasuh
  3. bahan pencuci
  4. alatan menyetrika
  5. alatan membasuh
  6. kabinet dinding atau almari

PENGGUNAAN DAN PEMILIHAN ALAT PENJIMAT MASA

PETI SEJUK :

Cara mengguna :

  • Ikut arahan di dalam manual pengeluar.
  • Tutup atau bungkus makanan.
  • Sejukkan dulu makanan yang panas sebelum disimpan.
  • Elakkan daripada menyimpan terlalu banyak makanan.
  • Pintu ditutup rapat selepas setiap kali dibuka.

Cara menjaga :

  • Sebelum membersih,pusingkan dail kawalan suhu kepada tanda 0.
  • Pastikan di dalamnya sentiasa bersih untuk mengelakkan pembiakan mikroorganisma.
  • Bersihkan sebelah luar dengan air suam bersabun.
  • Lap segala tumpahan dengan segera.
  • Bersihkan bahagian yang boleh ditanggalkan dengan air suam bersabun.
  • Pastikan sentiasa dalam keadaan kering.

DAPUR MASAK :

Cara mengguna :

  • Ikut arahan pengeluar.
  • Gunakan alatan memasak yang sesuai dengan saiz dapur.
  • Lap segala tumpahan dengan segera.

Cara menjaga :

  • Jika menggunakan dapur elektrik,padamkan suis selepas setiap kali digunakan.
  • Tutup alat kawalan gas setiap kali selepas memasak.
  • Bersihkan dengan air suam bersabun selepas menggunakannya.
  • Pastika sentiasa dalam keadaan kering dan bersih.

KETUHAR GELOMBANG MIKRO :

Cara mengguna :

  • ikut arahan pengeluar.
  • Elak menggunakan alatan daripada logam semasa memasak.
  • Gunakan peralatan yang berlabel ‘microwave safe ‘

Cara menjaga :

  • Lapkan bahagian luar dan bahagian yang boleh ditanggalkan dengan air suam bersabun.
  • Keringkan dengan air pengelap kapas.
  • Hantar servis setahun sekali.

SETERIKA :

Cara mengguna :

  • Ikut arahan pengeluar.
  • Guna mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
  • Gunakan mengikut kegunaannya.

Cara menjaga :

  • Tutupkan suis selepas menggunakannya.
  • Tanggalkan bahagian alat yang boleh ditanggalkan dan basuh dengan air suam bersabun.
  • Pasangkan semula bahagian yang boleh ditanggalkan sebelum disimpan.
  • Keringkan dahulu sebelum disimpan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s