PRINSIP MEMASAK

Sebahagian makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dimakan mentah.Sebahagian makanan lagi seperti daging,ikan dan kuih-muih perlu dimasak sebelum boleh dimakan.Prinsip memasak melibatkan dua kaedah memasak makanan ,iaitu dengan menggunakan haba kering dana haba lembap.

KAEDAH MEMASAK MAKANAN DENGAN MENGGUNAKAN HABA KERING

Haba dipindahkan kepada makanan melalui udara panas dalam kaedah memasak dengan haba kering.Makanan dimasak sama ada di dalam ketuhar,gril atau di atas bara api yang panas.Kaedah memasak yang menggunakan haba kering ialah menggoreng,membakar dan memanggang.

Dalam kaedah memasak dengan haba kering,makanan yang dipanaskan akan menyebabkan protein di permukaan makanan membeku.Ini akan mengelakkan jus makanan daripada keluar.Apabila makanan bertukar ke warna keperangan,suhu hendaklah dikurangkan supaya bahagian dalam makanan akan masak.

ALATAN MEMBAKAR

Contoh masakan yang menggunakan kaedah membakar dan memanggang :

                                                                                                                           (Biskut)

                                                                                                                                  (Ikan)

                                                                                                                   (Jagung bakar)

                                                                                                                                 (Kek)

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH MEMBAKAR DAN MEMANGGANG

 KAEDAH KELEBIHAN  KELEMAHAN
 Membakar
  •  Hanya sedikit nutrien yang hilang semasa memasak.
  • Memerlukan sedikit perhatian dan dengan ini menjimatkan masa dan tenaga.
  • Bentuk asal makanan dikekalkan.
  • Makanan menarika dan menyelerakan.
  • Makanan mudah dicerna.
  •  Memerlukan banyak bahan api kecuali beberapa hidangan dimasak bersama.
  • Potongan makanan yang kecil tidak sesuai kerana akan mengecut.
  • Masa memasak lama.
  • Memerlukan kecekapan dalam mengawal suhu ketuhar.
  • Memerlukan peralatan tertentu.
 Memanggang
  •  Makanan sedap
  • Cepat dimasak
  • Makanan kurang berminyak dan mudah dicerna,
  •  Mahal kerana daging bermutu tinggi sahaja yang sesuai.
  • Potongan makanan yang tebal atau besar tidak sesuai kerana mengambil masa yang lama untuk masak.
  • Memerlukan banyak bahan api.
  • Memerlukan jagaan rapi supaya makanan tidak hangus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s