PENGURUSAN SAJIAN

PEMILIHAN MENU

Pengurusan sajian melibatkan kemahiran memilih makanan berdasarkan perancangan menu,pemilihan menu,dan penyediaan makanan supaya sajian yang berkhasiat,menarik, dan menyelerakan dapat disediakan.Bab ini akan menerangkan pemilihan menu untuk sajian keraian dan sajian untuk kumpulan tertentu.

  • SAJIAN KERAIAN

Hari perayaan,hari jadi,hari ulang tahun perkahwinan,dan meraikan tetamu atau pelancong adalah hari-hari yang istimewa bagi sesebuah keluarga.Selain ahli keluarga, hari keraian ini juga disambut bersama sahabat handai dengan jamuan makan yang istimewa dan menarik.

                                                                        (Sambutan hari jadi )

                                                           (Sambutan hari raya aidilfitri)

                                              (Sambutan ulang tahun perkahwinan)

  • SAJIAN KUMPULAN TERTENTU

Kumpulan tertentu terdiri daripada kanak-kanak,pesakit,si pulih,ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta vegetarian.Mereka disediakan sajian berlainan bagi memenuhi keperluan nutrien mereka.

JENIS SAJIAN BAGI KUMPULAN TERTENTU

KUMPULAN  JENIS SAJIAN
 Kanak-kanak
  •  Mempunyai lebih protei haiwan.
  • Mempunyai lebih kalsium,zink,ferum,dan vitamin.
  • Mengandungi susu dan hasil tenusu.
  • Kurangkan memberi terlalu banyak makanan manis.
  • Hidang makanan perlu menarik dan dalam porsi kecil.
 Pesakit
  •  Perlu mengikut nasihat doktor.
  • Mempunyai lebih protein.
  • Mengandungi tambahan bekalan asid askorbik dan kumpulan vitamin B,ferum,kalsium,dan selulosa.
  • Kurangkan pengambilan lemak.
  • Gunakan kaedah merebus dan mengukus.
  • Kurangkan penggunaan rempah.
  • Elakkan daripada menggunakan baki makanan dan makanan berkaleng.
  • Hidangkan makanan dalam keadaan panas dan mengikut masa.
  • Hidang makanan dengan menarik dalam porsi sesuai.
Si pulih
  •  Mengandungi banyak makanan protein.
  • Boleh makan kebanyakan jenis makanan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak kerana sudah dicerna.
Ibu mengandung dan menyusukan anak
  • Hidangan perlu seimbang.
  • Memerlukan lebih protein dalam hidangan.
  • Mempunyai lebih garam mineral seperti kalsium,fosforus,dan ferum.
  • Mengandungi tambahan kalsiferol dan kumpulan vitamin B.
  • Kurangkan pengambilan lemak.
  • Mengandungi tambahan asid folik.
 Vegetarian Tulen :

  • Mengandungi hanya sayur-sayuran,buah-buahan,bijirin serta kekacang dan hasilnya.

Lakto :

  • Mengandungi protein dari pelbagai sumber tumbuhan.
  • Menggunakan Textured Vegetable Protein (TVP).
  • Mengandungi hasil protein haiwan.
  • Menggunakan minyak dan lemak tumbuhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s