KAJIAN FABRIK

Fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan.Gentian ini diproses untuk dijadikan yarn,benang dan seterusnya menghasilkan fabrik.Fabrik dihasilkan dengan kaedah tenun,kait,dan tanpa tenun.Mencelup warna kepada fabrik dilakukan ketika dalam bentuk yarn atau fabrik.Corak di atas fabrik dibuat dengan menggunakan pelbagai kaedah.Terdapat juga fabrik yang diberi kemasan untuk memperbaiki kualiti.

  • FABRIK TENUN

Tenunan dilakukan dengan menjalinkan dua set yarn,iaitu yarn memanjang dan yarn melintang.Yarn memanjang dinamakan yarn lungsin,manakala yarn melintang dinamakan yarn pakan.

( contoh fabrik tenun )

  • FABRIK KAIT

Mengait dilakukan dengan mencangkuk gelung benang antara satu sama lain secara berangkai.Proses mengait fabrik ini boleh dilakukan secara manual menggunakan dua batang jarum.Dalam industri tekstil,proses ini dilakukan oleh mesin.Fabrik kait juga mempunyai benang memanjang yang dinamakan gelung tegak (wales ) dan benang melintang dinamakan gelung lintang ( course ).


                                                                                                        ( contoh fabrik kait )

  • FABRIK TANPA TENUN

Fabrik ini dibina terus daripada gentian.Gentian disusun rapat dan dilekatkan antara satu dengan yang lain menggunakan haba,kelembapan,tekanan atau bahan perekatnjuga digunakan.

                                                                                                 ( contoh fabrik tanpa tenun  )

 JENIS  PENGHASILAN FABRIK  CIRI FABRIK KEGUNAAN
 Fabrik terikat
  •  Dihasilkan daripada gentian yang disusun ke dalam bekas,kemudian diberi tindakan bahan kimia atau dijalin bersama-sama melalui proses mekanikal.
  • Gentian asli atau gentian buatan boleh digunakan untuk fabrik jenis ini.Gentian kapas atau rayon akan menghasilkan fabrik yang tinggi daya serap.
  • Kuat dan teguh jika dihasilkan dari yarn filamen atau staple.
  • Tinggi daya serap jika dibuat dari gentian kapas dan rayon.
  • Lembut daripada fabrik felt.
  • napkin bayi
  • hamparan
  • artikel pakai buang
  • fabrik mengelap pakai buang
  • lapik tilam
  • lapik dalam untuk pakaian
  • wadding
  • renda
  • selimut
 Fabrik felt
  • Felt dihasilkan daripada gentian benang sayat.
  • Sayat disusun sehingga ketebalan yang dikehendaki.Seterusnya dengan haba dan kelembapan,kepingan sayat ditekan kuat.Hasilnya ia tercantum dan menjadi sekeping fabrik.
  •  Tepinya tidak brejerumbai dan boleh dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki.
  • Kaku dan bentuknya tidak berubah kerana tiada yarn.
  • Kurang kukuh.
  • Permukaan yang kesar.
  • Tidak mempunyai tepi kain.
  • beret
  • penutup meja
  • permaidani
  • hiasan pada kain
  • kain penebat bunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s